Monday, February 25, 2008

Model Data GIS

Terdapat 2 jenis model data GIS – Data Vektor dan Data Raster

Model Data Vektor

  • Perwakilan yang menggunakan titik & garisan
  • Kedudukan dalam ruangan disusun oleh satu set koordinat
  • Setiap koordinat mempunyai nilai yang unik
  • Mewakilkan dunia yang sebenar
  • Terdapat dua jenis data – spaghetti dan topologi

Kelebihan

  • Mewakilkan struktur data fenomena dengan baik
  • Struktur data yang padat
  • Topologi boleh diterangkan dengan lengkap menggunakan talian rangkaian
  • Perwakilan grafik yang tepat
  • Boleh mendapakan capaian semula dan update
  • Banyak digunakan dalam zon pentadbiran

Kelemahan

  • Struktur data yang kompleks
  • Penindanan dengan data raster amat susah dilakukan
  • Teknologi berasaskan makmal
  • Analisis ruangan tidak diwakilkan secara langsung

Model Data Raster

  • Ruang dipecahkan kepada unit-unit polygon atau sel
  • Rekod maklumat dalam bentuk grid
  • Dirujuk dalam baris dan lajur
  • Set sel dalam susunan yang sekata nilai dan nilai tunggal
  • Ruangan adalah dalam unit grid (piksel atau sel)

Kelebihan

  • Set sel grid yang sama digunakan dalam pelbagai tema atau pembolehubah
  • Pengaturcaraan sendiri (lebih mudah)
  • Penindanan peta antara data dari RS adalah mudah
  • Lebih senang dimanipulasi & analisis – nilai yang sama
  • Teknologi murah

Kelemahan

  • Perwakilan data ruangan yang tidak tepat
  • Ruangan akan dipecahkan kepada unit atau sel
  • Data akan berubah dan disusun dalam bentuk matriks
  • Saiz objek akan menjadi tidak serupa dan tidak seragam

credit from SAM

No comments: