Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah 1429

Alhamdulillah, sudah sampai tahun 1429 Hijrah bagi ketamadunan dan ketinggian martabat Islam. Tapi Misz Dla masih lagi terfikir adakah ketamadunan ini selari dengan kemadanian yang ada pada setiap jiwa manusia khususnya Muslim yang ada? Pelbagai persoalan yang timbul bukan setakat satu atau dua akan tetapi sukar dihitung jumlah yang ada.
Syukur, di sini kita semua hidup dengan aman, damai, sentosa dan bahagia... Misz Dla kadang kala berasa sayu mengenangkan saudara kita di negera lain... pilu hati melihat anak-anak kecil meratap tanpa mengetahui dengan jelas yang sebenarnya bukan mereka yang patut memikul kesengsaraan itu..
Jika berbicara berkenaan tahun baru, tidak jauh sambutan di antara tahun baru Islam dan mengikut kalender moden... jurangnya hanya 10 hari, cuti juga diberi, tapi tak tahu kenapa seperti hambar daripada biasa... Apabila ditanya segelintir anak manusia apakah azam tahun baru hijrah ini? senyuman akan diberi atau tidak sukar kata dikeluarkan... entah la...
Semoga kehadiran 1429 Hijrah mendatangkan seribu kebahagiaan, meghijrahkan kita kepada muslim yag sejati, diberkati dan sentiasa iman dihati... Harapan kelak tidak susah dibelakang hari apabila kesesatan dan kekotoran hilang diganti hati yang suci


*Misz. Dla Sarbi*