Monday, May 5, 2008

Miss So MUCH



Bila sudah tiada kita mulai merasa rindu

Bila sudah tiada baru kita menilai kata-kata

Bila sudah tiada gelakan dan tawa bermain di minda




Kadang2 kita tidak menilai itu adalah anugerah

Kadang2 kita tidak merasakan itu istimewa

Kadang2 kita tidak hargai permata yang bersinar


Kini semuanya hanya kenangan

Kini semuanya akan terpahat di ingatan

Kini semuanya menjadi memori yang terindah






Tuesday, February 26, 2008

Model Data Vektor

Terdapat 2 jenis data vektor iaitu data spagetti dan data topologi

Data Spagetti
  • Tidak menyimpan maklumat kejiranan
  • Tidak sesuai untuk analisi sapatial
  • Cekap & sepat dalam pemaparan grafik
  • Dikenali sebagai "meatball" atau "non-topologikal"
  • Model data vektor pertama diperkenalkan
  • Menggunakan titik, garis dan poligon
  • Objek geometri sahaja akan disimpan
  • Gunakan lapisan peta dan tulisan
  • Dinyatakan dalam koordinat cartesen
  • Direkodkan sebanyak dua kali

Data Topologi

  • Hubungan antara data berdasarkan X,Y
  • Elemen utama adalah - nod, vertks, arc & area
  • Konsep struktur data - saling hubungan, penentuan kawasan, arah hubungan
  • Perwakilan fenomena spatial yang amat baik
  • Berasakan kaedah matematik
  • Palinbg banyak digunakan dalam penyelidikan GIS
  • Terdapat tiga jenis fail kedudukan - titik, garisan, kawasan

Perkembangan GIS Tahun 1990 an

Perkembangan Teknologi
  • GIS mula distandardkan
  • Memiliki paparan grafik yang mampu diselaraskan dengan data atribut dan data saptial sekaligus
  • Jack Dangermond melalui ESRI (1995) telah memperkenalkan SPE (Spatial Database Engine)
  • GISUK diperkenalkan (1993) yang merangkumi bidang geografi, sains komputer, geologi, arkeologi, geometrik & kejuruteraan
  • GISUK dipelopori di University of Keele, United Kingdom

Perkembangan Akademik

  • UCGIS (1994) - University Consortium of Geographic Information System
  • UCGIS - meningkatkan kefahaman dalam bidang pemprosesan data geografi

Monday, February 25, 2008

Perkembangan GIS Tahun 1980 an

Perkembangan Teknologi
  • Perkembangan alat pemaparan – Grafik warna & Plotter
  • Produk GIS pertama dikomersialkan – SPOT Image
  • Sistem GRASS diperkenalkan oleh tentera US
  • SPOT Satelite diperkenalkan oleh CNES – France + Sweden + Belgium
  • Pengurusan database digunakan dengan lebih baik
  • Penggabungan penggunaan database & grafik
  • Sistem Comara diperkenalkan – pengurusan sistem pembalakan
  • Pengenalan kepada GPS
  • MapInfo diperkenalkan dan menjadi perintis penggunaan GIS dalam DSS
  • Penubuhan NGCIA – National Centre for Geographic Information & Analysis di USA
  • AGI (Association of Geographic Information) diperkenalkan
  • MAP (Map Analysis Package) diperkanalkan oleh Dana Tomlin
  • Pembangunan Arc/Info oleh ESRI

Perkembangan Akademik

  • Marble, Calkin & Panquet – Basic Reading in GIS
  • Majalah GIS pertama – GIS Technology
  • Peter Borrough – Principles of GIS for Land Resources Assessments
  • Jurnal pertama GIS dikeluarkan

Model Data GIS

Terdapat 2 jenis model data GIS – Data Vektor dan Data Raster

Model Data Vektor

  • Perwakilan yang menggunakan titik & garisan
  • Kedudukan dalam ruangan disusun oleh satu set koordinat
  • Setiap koordinat mempunyai nilai yang unik
  • Mewakilkan dunia yang sebenar
  • Terdapat dua jenis data – spaghetti dan topologi

Kelebihan

  • Mewakilkan struktur data fenomena dengan baik
  • Struktur data yang padat
  • Topologi boleh diterangkan dengan lengkap menggunakan talian rangkaian
  • Perwakilan grafik yang tepat
  • Boleh mendapakan capaian semula dan update
  • Banyak digunakan dalam zon pentadbiran

Kelemahan

  • Struktur data yang kompleks
  • Penindanan dengan data raster amat susah dilakukan
  • Teknologi berasaskan makmal
  • Analisis ruangan tidak diwakilkan secara langsung

Model Data Raster

  • Ruang dipecahkan kepada unit-unit polygon atau sel
  • Rekod maklumat dalam bentuk grid
  • Dirujuk dalam baris dan lajur
  • Set sel dalam susunan yang sekata nilai dan nilai tunggal
  • Ruangan adalah dalam unit grid (piksel atau sel)

Kelebihan

  • Set sel grid yang sama digunakan dalam pelbagai tema atau pembolehubah
  • Pengaturcaraan sendiri (lebih mudah)
  • Penindanan peta antara data dari RS adalah mudah
  • Lebih senang dimanipulasi & analisis – nilai yang sama
  • Teknologi murah

Kelemahan

  • Perwakilan data ruangan yang tidak tepat
  • Ruangan akan dipecahkan kepada unit atau sel
  • Data akan berubah dan disusun dalam bentuk matriks
  • Saiz objek akan menjadi tidak serupa dan tidak seragam

credit from SAM

Wednesday, February 20, 2008

Komponen GIS

Terdapat lima (5) komponen utama dalam GIS – Pengguna, Perkakasan, Perisian, Data & Proses atau prosedur


Pengguna (People)

  • Orang perseorangan atau dalam kumpulan yang menggunakan GIS – pemerhati, pengguna dan pakar
  • Cth; Pelajar, Pengurus GIS, Jurutera, Juruteknik dsb

Perkakasan (Hardware)

  • Komponen utama GIS
  • Terdapat dalam 2 jenis – Input & Output

Input

  • Keyboard, Mouse, Trackball, Scanner, GPS, Digitizer , Disk, CD, dsb

Output

  • Monitor, Printer, Peta, Plotter, dsb

Perisian (Software)

  • Menjalankan operasi GIS
  • Cth: ArcGIS, aRCvIEW, MapInfo, ArcPad, R2V, IDRISI, ILWIS, AutoCAD, dsb

Data

  • Terbahagi kepada 2 – Data Atribut & Data Spatial (Reruang)

Proses / Prosedur

  • Langkah melaksanakan operasi

Input

  • Kaedah memasukan data
  • Data diperolehi daripada sumber sekunder atau primer
  • Data terdiri daripada data atribut & spatial

Simpan

  • Proses penyimpanan data

Manipulasi & Analisis

  • Dilakukan berdasarkan penyelidikan
  • Cth; Buffer, Overlay, Penggabungan Data2 GIS

Output

  • Proses pengeluaran data seperti yang dikehendaki
  • Data yang dikeluarkan biasanya terdiri daripada data asas, dan data diperolehi dari hasil manipulasi & analisis

Kemaskini

  • Penambahan atau pengurangan data yang terlibat

Tuesday, February 19, 2008

Fungsi GIS

  1. Penyelesaian Jaringan (Pengangkutan)
  2. Pengurusan Ekosistem
  3. Analisis 3D
  4. Pemantauan Bahan Toksid
  5. Pemaparan Pelbagai Maklumat Pencemaran & Tumpahan Minyak
  6. Lokasi Perniagaan & Jarak Pelanggan
  7. Permodelan Ramalan
  8. Pengelompokan & Perbandingan Data
  9. Pengurusan Fasaliti
  10. Kecemasan / kemalangan
  11. Perancangan Sumber Semulajadi

Jenis GIS

Terdapat 2 jenis GIS iaitu kemanusiaan & Fizikal

FIZIKAL
  • Berkaitan dengan lokasi sperti tanah, air, udara
  • Perkaitan di antara fizikal dan aktiviti manusia
  • Antara elemen yang terlibat adalah ; tanah, cuaca, klasifikasi tanaman, jenis binatang dll

KEMANUSIAAN

  • Berkaitan dengan aktiviti manusia dan perhubungan dengan alam sekitar
  • Contoh; politik, budaya, populasi, sosial, ekonomi, sejarah dll

Data GIS

Terdapat 3 jenis data GIS - Spatial data, Atribut Data, Masa

Spatial Data

  • Data yang merujuk aspek lokasi geografi bersama dimensi reruang
  • 3 komponen utama - Titik, Garisan, Kawasan

Titik (Point)

  • Berdasarkan skala objek global dalam meenentukan lokasi kajian
  • Contoh; menyelesaikan permasalahan berkaitan pengurusan perbandaran
  • Titik bukan sahaja digunakan bagi menentukan lokasi bandar ttp juga sesuai dalam penentuan lokasi yang lebih spesifik spt hospital, sekolah dsb

Garis (Line)

  • Garis pd koordinat sesuai untuk melihat garisan linear spt sg., jalan raya dsb
  • Penyelesaian masalah setempat, rangkaian akan dipaparkan dalam bentuk garisan
  • Biasanya digunakan adalah garisan konseptual spt garisan persempadanan pentadbiran, segmen jalan raya

Kawasan (Poligon)

  • Kawasan adalah penentu dalam perubahan
  • terletak di garis bawah koordinat (y)
  • Dalam penyelesaian isu, poligon boleh diklasifikasikan berdasarkan pelbagai jenis

Atribut Data

  • Data berkaitan dengan deskripsi, penentuan serta klasifikasi berkaitan rujukan geografi
  • Menjadi identiti utama dan atribut bergantung kepada tahap yang diperlukan dalam penyelidikan
  • 3 komponen data - Deskriptif, kuantitatif dan Kualitatif

Data Deskriptif

  • Tidak terdapat pada kuantitatif atau kualitatif
  • Data tidak boleh dibandingkan
  • Cth; no id, pemilik tanah, jenis kemudahan

Data Kuantitatif

  • Berdasarkan nombor dan boleh dihitung

Data Kualitatif

  • Tidak boleh dikira seperti air, udara, kualiti tanah
  • Tetapi berdasarkan penyelidikan kemungkinan data boleh bertukar kepada kuantitatif spt kajian hidrologi

Masa
  • Faktor yang terlibat dalam GIS untuk penyelesaian masalah seperti memantau perubahan data atribut dan lokasi kajian
  • Boleh mengubah peta mengikut masa dan membuat perbandingan

Geographic, Spatial & Geospatial

Geographic
  • Maklumat suatu tempat di muka bumi
  • Pengetahuan tentang "dimana" dan "apa" - persoalan umum dalam geografi
  • Merujuk kepada sesuatu kawasan dengan tepat dan lengkap
  • kajian tentang BMB

Spatial

  • Pertaining to space
  • Ruangan / reruang
  • Menggambarkan sesuatu kawasan
  • merujuk kepada fenomena dalam ruangan

Geospatial

  • Disifatkan sebagai data kedudukan relatif kepada permukaan bumi
  • Maklumat sesuatu kawasan/ persekitaran
  • Penerangan ciri atau elemen di kawasan terlibat